Pilihan selalu ada dalam hidup kita..
Samada kita nak pilih yang salah atau yang betul..
Tetapi kadang-kadang manusia ni telah tersalah..
Apa yang salah dirasakan betul.
Itulah perkara yang aku takutkan terjadi ke atas diri aku..
So, kita kena menjadi seorang yang pandai membuat keputusan.
Dan juga tegas dala menyatakannya..
Biar orang lain menghormati setiap keputusan yang kita buat..
Bukannya kita yang sepatutnya mengikut telunjuk jari orang lain.
Kenapa biarkan hidup kita dikuasai orang lain?
Sepatutnya kita yang menentukan hala tuju kehidupan kita dan kehendak kita sendiri.
Jadilah seorang yang tegas dan berani dalam mempertahankan sesuatu yang dirasakan benar.
Semoga Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang benar..
Walaupun ada sesetengah pihak yang tidak boleh menerima keputusan yang kita buat, terpulang lah..
Kita tak dapat nak paksa..
Asalkan kita percaya dan yakin bahawa keputusan yang diambil adalah benar..
Dan, aku pasti Allah akan menunjukkan kepada mereka kebenaran.