BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 10, 2010

Sejadah Iman Yang Terkoyak


Semakin bumi ini mengalami kepupusan dan semakin hampirnya pada Hari Pengakhiran sebuah kehidupan nyata, manusia sering diuji dengan pelbagai ujian yang sangat dahsyat.
Sehinggakan boleh menggoyahkan iman seseorang..
Iman umat sekarang tidak sama dengan iman Nabi Muhammad SAW..
Iman kita hanyalah senipis kulit bawang.
Amat mudah terkoyak.
Begitulah diumpamakan iman seseorang manusia.
Sangat mudah goyah oleh hasutan syaitan yang sentiasa menjalankan tugasnya untuk menyesatkan anak-anak Nabi Adam as.
Zaman sekarang kita tidak boleh menilai iman manusia pada luaran sahaja..
Bila kita melihat seseorang memakai pakaian seperti seorang ulama atau orang alim, maka belum tentu lagi mereka ini betul2 berpegang kepada suruhan Allah yang Esa.
Aq bukan ingin menuding jari kepada sesiapa, malah diri ini juga hina.
Aq hanya ingin memperbetulkan diri sendiri dan juga sesiapa yang menmbaca apa yang saya tulis ni..
Sentiasalah memohon dari Allah agar diberikan hidayah untuk bertaubat..
Dan jangan pula kita mensia-siakan hidayah yang telah Allah berikan..
Semoga hati kita semua terbuka untuk kebaikan dan dijauhkan dengan perkara-perkara mungkar..
InsyaAllah..
Semakin hari, rasanya seperti semakin lama dari hidayah Allah..
Solat semakin dilupakan.
Inikan pula membaca kitab suci Al-Quran satu kali sehari pun susah..
Astarfirullah al-azim..
Semakin kuat terasa ujianNya kepada hamba-hamba Mu ini..
Kuatkan lah hatiku untuk menegakkan agamaMu.
Berikanlah ketabahan..
Keberanian..
Kesabaran..
Kejujuran..
Dan yang paling penting keampunanMu ya Allah..

Mood: Muhasabah diri
Current song: Aku Tanpa Cintamu~~Mirwana



0 comments: